4 Mac 2013, Ibu Pejabat Penjara Malaysia menerima lawatan oleh Mr Gerard F. Ramker Deputy Director US Department of Justice dan Ms Lynn Laugton Austell, pegawai Bureau of Justice Statistics (BJS), US Department of Justice. Lawatan bertujuan berkongsi pengalaman dengan agensi-agensi berkaitan di Malaysia mengenai proses pengumpulan data berhubung isu-isu criminal justice. Sesi interaktif yang disertai pengurusan tertinggi jabatan mengambil peluang bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan untuk membangunkan sistem pengumpulan data yang efektif dalam isu yang berkaitan National Correctional Reporting Program, Prison/ Jail Inmate Surveys dan Recidivism Research Program.
""